UMRAH JEJAK SIRAH (1 Oct – 10 Oct 2026)

0 (No Review)
makkah
From: MYR11888
0
(0 review)
Check
Duration

10 HARI 9 MALAM

Tour Type

Specific Tour

Group Size

40 people

Languages

Bahasa Malaysia

About this tour

TARIKH: 30 Sep – 10 Oct 2026

Bukan Sekadar Umrah, Tetapi Perjalanan Menghidupkan Sirah Rasulullah ﷺ

Bayangkan setiap langkah di Tanah Haram bukan hanya sebuah perjalanan ibadah — tetapi sebuah pengalaman yang membawa anda menelusuri kehidupan Rasulullah ﷺ secara nyata sebelum ini.

Umrah Jejak Sirah direka khas untuk mereka yang ingin memahami sirah Islam dengan lebih mendalam melalui tempat, perjalanan dan peristiwa yang pernah dilalui oleh Baginda ﷺ dan para sahabat.

Daripada permulaan dakwah di Makkah, turunnya wahyu pertama di Jabal Nur, sehingga perjuangan hijrah dan pertahanan Madinah — setiap lokasi akan dihidupkan dengan pengisian sirah yang tersusun, menyentuh hati dan dekat dengan realiti kehidupan hari ini.

Program ini bukan sekadar melihat tempat bersejarah.
Tetapi sebuah perjalanan untuk:

  • Menghayati sirah Rasulullah ﷺ secara berperingkat
  • Memahami Sirah Islam melalui perjalanan, tempat dan peristiwa
  • Menghubungkan sirah dengan realiti kehidupan hari ini
  • Membina hubungan yang lebih dekat dengan Al-Quran dan perjuangan dakwah Rasulullah ﷺ
  • Menjadikan Umrah lebih bermakna untuk diri dan keluarga

Harga Pakej

  • Pakej Bilik Bertiga 
    • RM11,888 seorang
  • Pakej Bilik Berdua
    • RM12,888 seorang

🔥 EARLY BIRD PROMO
Diskaun RM300 untuk 10 peserta terawal sahaja!

Cara Menempah & Memilih Pakej Umrah Jejak Sirah 2026

Anda boleh menempah slot dengan sangat mudah! ✨

Hanya dengan bayaran deposit serendah RM1,000 seorang, anda sudah boleh menempah slot untuk menyertai perjalanan Umrah Jejak Sirah bersama QIT Travel. ✨

Langkah Tempahan

  1. Klik pada butang “Book”
  2. Pilih jumlah peserta dewasa yang akan menyertai. Untuk peserta kanak2, sila dapatkan bantuan admin.
  3. Pakej bermula dari RM11,888 seorang untuk bilik Triple Sharing
  4. Jika anda ingin menaik taraf jenis bilik:
    • Single Sharing
    • Twin Sharing
    • Triple Sharing

    Anda boleh klik pada bahagian “More Options” dan pilih bilik yang bersesuaian dengan keperluan anda.

  5. Isikan nama penuh anda dan klik “Book Now”
  6. Lengkapkan maklumat peribadi dan hantar pendaftaran anda

📩 Dalam tempoh:

  • 24 jam (hari bekerja) atau
  • 48 jam (hari minggu/cuti umum)

Wakil QIT Travel akan menghubungi anda serta menghantar Proforma Invoice melalui email atau Whatsapp untuk tujuan pembayaran deposit.

Kaedah Pembayaran

Anda boleh membuat pembayaran melalui:

  • Pemindahan bank
  • Online banking
  • Kad kredit

💳 Untuk pembayaran menggunakan kad kredit, caj tambahan sebanyak 3% + RM1 akan dikenakan bergantung kepada payment gateway yang digunakan.

Perlukan Bantuan?

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pakej ini, sila hubungi kami:

📱 WhatsApp: +60 11-6930 7570 (Cik Aqilah)
📧 Email: qittravel@gmail.com

Nota Penting

  • Semua harga yang dinyatakan adalah harga permulaan.Jika ada sebarang perubahan harga penerbangan, penginapan atau polisi semasa Kerajaan Arab Saudi akan menyebabkan perubahan pada harga pakej yang dinyatakan di dalam poster. Penambahan harga akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan. 

Sertai Perjalanan Yang Akan Mengubah Cara Anda Melihat Sirah Rasulullah ﷺ

Bukan sekadar membaca kisah Baginda ﷺ —
Tetapi berjalan di bumi yang sama, memahami perjuangan yang sama, dan merasai sendiri pengajaran yang hidup sehingga hari ini.

Highlights

  • Menelusuri 6 Jejak Sirah Rasulullah ﷺ di Bumi Haramain
  • Ziyarah Universiti Madinah (Eksklusif: Tahsin Al-Fatihah bersama guru Madinah)
  • Perkongsian dan Makan Malam di Ladang Kurma Bersama Tokoh Madinah
  • 2x Ziyarah Masjid Quba'
  • Solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
  • Pengisian sirah yang hidup, menyentuh hati & dekat dengan realiti kehidupan hari ini

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan Ekonomi pergi & balik
  • Penginapan hotel (Makkah: Hilton Hotel & Convention Jabal Omar Makkah(5 star) | Madinah: Dar Al Eiman Al Haram (4 star)
  • Visa pelancong
  • Half-board meal
  • Mutawwif berpengalaman
  • Ziarah Sirah Eksklusif
  • Haramain High Speed Train
  • Kursus Umrah
  • Insurans Takaful (Basic)
  • Air Zam-Zam
  • Umrah Kit Eksklusif
  • Bonus: Ziyarah Universiti Madinah (Eksklusif: Tahsin Al-Fatihah bersama guru Madinah)
  • Bonus: Perkongsian dan Makan Malam di Ladang Kurma Bersama Tokoh Madinah
  • Wang belanja seharian
  • Insurans tambahan: Perubatan
  • Bayaran tambahan untuk bagasi yang terlebih berat
  • Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan
  • Kupon makan dan minum ketika transit (jika ada)

Itinerary

KUL - JED

  • Jemaah perlu berada di KLIA Terminal 1 tiga (3) jam sebelum waktu pelepasan
  • Waktu penerbangan tertakluk kepada perubahan oleh syarikat penerbangan
  • Pihak QIT akan membantu jemaah semasa proses daftar masuk
  • Selepas menerima boarding pass, jemaah boleh melalui pemeriksaan keselamatan
  • Jemaah perlu berada di pintu pelepasan sekurang-kurangnya satu (1) jam sebelum berlepas
  • Berlepas ke Jeddah, Arab Saudi
  • Jemaah hendaklah berniat (miqat) untuk ihram apabila pesawat melintasi Qarnul Manazil
  • Pengumuman akan dibuat oleh juruterbang kira-kira satu (1) jam sebelum mendarat
  • Tiba di Lapangan Terbang Jeddah
  • Ambil bagasi dan bergerak ke bus ditemani mutawwif dan QIT Staff
  • Jemaah akan dibawa ke hotel dengan bus. Tempoh perjalanan sekitar 1 hingga 2 jam bergantung kepada trafik
  • Setibanya di hotel:
    • Letakkan bagasi 
    • Bersihkan diri di tandas/bilik hotel

*Anggaran waktu daftar masuk hotel adalah antara jam 3:00 petang dan 6:00 petang, tertakluk kepada polisi hotel.

  • Melaksanakan Ibadah Umrah dipimpin oleh Mutawif Ustaz Irfan Goloki.
  • Cadangan untuk makan tengahari / ziarah dalam sekitar masjid Nabawi terlebih dahulu

MEKAH

JEJAK MASA MUDA RASULULLAH SAW

  • Sarapan
  • Bersiap untuk menunaikan solat Jumaat seawal jam 10 pagi
  • Ziarah sekitar Masjidil Haram
    • Penerangan kawasan berkaitan kehidupan awal Rasulullah SAW
    • Kisah masyarakat Quraisy & peranan Baginda sebagai Al-Amin
    • Memahami permulaan dakwah di Makkah
  • Acara bebas* (Gunakan masa sebaiknya! Maksimumkan waktu di Masjidil Haram dengan beribadah kepada Allah: melakukan tawaf sunat, membaca Al-Quran, berzikir, dan lain-lain) 

MEKAH

JEJAK WAHYU (JABAL NUR) 

    • Sarapan
    • Acara bebas*
  • Ziarah malam ke Jabal Nur dan Gua Hira’
    • Penerangan peristiwa turunnya wahyu pertama (Iqra’)
    • Kisah permulaan kerasulan Rasulullah SAW

*Sebagai alternatif, berikut adalah cadangan aktiviti tambahan: ziarah Wahyu Exhibition and Quran Exhibition di kaki bukit Jabal Nur (aktiviti sesuai untuk seisi keluarga, khususnya pada waktu malam – Camel ride for kids)

MEKAH

JEJAK HAJI TERAKHIR (MASHA’IR HAJI)

  • Sarapan
  • Ziarah ke kawasan Masha’ir Haji: Mina, Arafah & Muzdalifah
    • Penerangan peristiwa Haji Wida’ Rasulullah SAW
    • Penghayatan khutbah terakhir Rasulullah SAW
    • Persediaan dan pelaksanaan Solat Jumaat di Masjidil Haram
  • Acara bebas* (Gunakan masa sebaiknya! Maksimumkan waktu di Masjidil Haram dengan beribadah kepada Allah: melakukan tawaf sunat, membaca Al-Quran, berzikir, dan lain-lain) 

MEKAH

  • Sarapan
  • Acara bebas* (Gunakan masa sebaiknya! Maksimumkan waktu di Masjidil Haram dengan beribadah kepada Allah: melakukan tawaf sunat, membaca Al-Quran, berzikir, membeli-belah dan lain-lain) 

MEKAH - MADINAH

JEJAK KEHIDUPAN NABI SELEPAS HIJRAH

    • Sarapan
    • Check-out sekitar jam 11.00am
    • Transfer ke Stesen Keretapi Laju Madinah (Sekitar 15 minit dari hotel)
    • Departure jam 1.30 ke 2.30pm (perjalanan ke Makkah mengambil masa dalam 2 jam 15 minit)
    • Tiba di Stesen Keretapi Laju Madinah
    • Bergerak ke Hotel dan check-in
  • Ziarah Masjid Nabawi
    • Penerangan kehidupan Rasulullah selepas Hijrah
  • Acara bebas* (Gunakan masa sebaiknya! Maksimumkan waktu di Masjidil Nabawi dengan beribadah kepada Allah: membaca Al-Quran, berzikir, membeli-belah dan lain-lai

*Anggaran waktu daftar masuk hotel adalah antara jam 3:00 petang dan 6:00 petang, tertakluk kepada polisi hotel.

MADINAH

MELAWAT UNIVERSITI ISLAM MADINAH & TAHSIN AL-FATIHAH

    • Sarapan
  • Lawatan ke Universiti Islam Madinah
  • Sesi Tahsin Al-Fatihah bersama guru Al-Quran
    • Penambahbaikan bacaan Al-Quran peserta
    • Penyampaian sijil penyertaan

JEJAK HIJRAH (MASJID QUBA’)

  • Ziarah Raudah jam 3.00pm untuk Muslimin
      • Bergerak menuju pintu masuk Raudah berdekatan dengan Perkuburan Baqi’ sekurang-kurangnya 30 minit sebelum appointment
  • Ziarah ke Masjid Quba’ (waktu malam)
    • Penerangan sejarah masjid pertama dalam Islam
    • Menghayati perjalanan Hijrah Rasulullah SAW
  • Acara bebas sepanjang hari (perbanyakkan ibadah sunat - solat sunat, membaca Quran)

MADINAH

JEJAK PERTAHANAN MADINAH

    • Sarapan
  • Ziarah luar Madinah
      • Lawatan ke Bukit Uhud & kawasan Perang Khandak
      • Kisah pengorbanan para sahabat dan syuhada Uhud
      • Strategi pertahanan Rasulullah SAW
  • Zuhur di Masjid Quba’
  • Ziarah Raudah jam 9.30pm untuk Muslimat
    • Bergerak menuju pintu masuk Raudah berdekatan dengan Perkuburan Baqi’ sekurang-kurangnya 30 minit sebelum appointment
  • Acara bebas sepanjang hari (perbanyakkan ibadah sunat - solat sunat, membaca Quran, hadir Pengajian Bahasa Indonesia Dr. Ariful Bahri di antara Maghrib dan Isyak - untuk lelaki sahaja)

MADINAH

  • Sarapan
  • Bersiap untuk menunaikan solat Jumaat seawal jam 11 pagi
  • Acara bebas sepanjang hari (Perbanyakkan ibadah sunat - solat sunat, membaca Quran dan membeli belah kali terakhir)

Perkongsian dan Makan Malam bersama Tokoh Madinah di ladang kurma 

  • Bersiap untuk bergerak ke Ladang Kurma selepas Asar

MADINAH - KUALA LUMPUR

  • Sarapan
  • Bersiap dan check out
  • Bergerak ke Lapangan Terbang Madinah
  • Setibanya di Madinah Airport, turunkan bagasi dan beratur untuk check-in process, sementara QIT staff mengambil air Zamzam untuk para jemaah. 
  • Check-in flight
  • Selepas menerima boarding pass, jemaah boleh melalui pemeriksaan keselamatan
  • Jemaah perlu berada di pintu pelepasan sekurang-kurangnya satu (1) jam sebelum berlepas
  • Berlepas ke Kuala Lumpur

Durations

10 Hari 9 Malam

Language

Bahasa Malaysia

Frequently asked questions

Ya, Ustaz Irfan akan bersama para jemaah sepanjang program Umrah Jejak Sirah ini berlangsung.

Kami menawarkan dua pilihan pakej mengikut kapasiti bilik:

  • Pakej Ekonomi Bilik Bertiga – RM11,888
  • Pakej Ekonomi Bilik Berdua – RM12,888

Ada. Diskaun RM300 diberikan kepada 10 peserta terawal sahaja.

Ya, anda boleh menaik taraf ke pakej kelas perniagaan. Sila maklumkan kepada team QIT yang berhubung dengan anda untuk semakan dan urusan lanjut.

Antara perkhidmatan yang boleh dinaik taraf ialah:

  • Penerbangan Kelas Perniagaan
  • Haramain Speed Train Kelas Perniagaan
  • Jenis bilik penginapan
  • Jenis pengangkutan

Ya, pakej ini terbuka untuk kanak-kanak dan bayi.

Harga pakej:

  • Bayi (0–2 tahun): RM2,500
  • Kanak-kanak (2–6 tahun): RM6,000 (tanpa Katil)
  • Kanak-kanak (6–11 tahun): RM7,500 (tanpa Katil)

Harga adalah untuk perkongsian bilik bersama ibu bapa dan sah bagi pakej bilik berdua sahaja.

Peserta akan menelusuri 6 jejak dan peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah ﷺ sepanjang perjalanan Umrah Jejak Sirah ini. 

Ya. Peserta akan dibimbing oleh mutawwif berpengalaman dalam ibadah Umrah serta penghayatan sirah sepanjang perjalanan.

Sangat sesuai. Program ini disusun dengan santai, tersusun dan lengkap untuk membantu peserta memahami serta menikmati setiap perjalanan dengan lebih mudah.

Ya, peserta boleh menyertai sesi Tahsin Al-Fatihah bersama guru dari Universiti Islam Madinah.

Additional fee dikenakan bagi peserta yang ingin mendapatkan sijil.

Dengan pembayaran deposit sebanyak RM1,000 seorang, slot anda akan disahkan sebagai bakal jemaah Umrah Jejak Sirah.

  • Klik butang “Book”
  • Pilih jumlah peserta dewasa atau kanak-kanak
  • Pilih jenis bilik yang diinginkan
  • Isi maklumat jemaah
  • Lengkapkan pembayaran deposit RM1,000 seorang
  • Wakil QIT akan menghubungi anda dalam tempoh 48 jam bekerja untuk proses seterusnya. 
  • Peserta akan menerima invoice daripada wakil QIT dan sedia untuk membuat pembayaran deposit.

Program Umrah Jejak Sirah ini dibuka untuk 40 orang jemaah sahaja bagi memastikan perjalanan lebih eksklusif dan selesa.

Ya, pembayaran boleh dibuat secara:

  • Full Payment
  • Ansuran

Namun, bayaran penuh perlu diselesaikan selewat-lewatnya dua bulan sebelum tarikh penerbangan. Jika peserta ingin membuat penangguhan pemabyaran penuh ke 1 bulan sebelum penerbangan, anda hanya perlu memaklumkan kepada admin QIT sahaja.

Tidak. Tentatif perjalanan tertakluk kepada perubahan berdasarkan situasi semasa dan keperluan operasi di Arab Saudi.

Ya, jadual penerbangan tertakluk kepada pihak syarikat penerbangan dan boleh berubah tanpa notis awal. Pemilihan tempat duduk juga bergantung kepada ketersediaan pihak airline.

Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh penerbangan ke Tanah Suci.

Mekah

  • Hilton Hotel & Convention Jabal Omar (*5 atau setaraf)

Madinah

  • Dar Al Eiman Al Haram(*5 atau setaraf)

Vaksinasi adalah diwajibkan oleh pihak Kerajaan Arab Saudi sebagai langkah berjaga-jaga.

Ya, pihak QIT akan menganjurkan kursus khas Umrah untuk semua bakal jemaah satu bulan sebelum berlepas.

  • Pembatalan dalam tempoh sebulan selepas pembayaran deposit: Deposit boleh dipulangkan
  • Pembatalan selepas sebulan: 50% deposit akan dipulangkan
  • Pembatalan dua bulan sebelum penerbangan: Deposit tidak dipulangkan

Deposit juga boleh dipindahkan ke pakej Umrah lain tertakluk kepada kekosongan.

Terma pemulangan wang adalah seperti berikut:

  • 30–59 hari sebelum penerbangan: 50% pemulangan
  • 20–29 hari sebelum penerbangan: 20% pemulangan
  • Kurang 19 hari sebelum penerbangan: Tiada pemulangan wang

Jumlah pemulangan tertakluk kepada sebab pembatalan dan process penempahan pakej yang telah dilaksankan oleh pihak QIT serta berganting kepada terma dan syarat syarikat.

Tour's Location

makkah

Reviews

0/5
Not Rated
(0 review)
Excellent
0
Very Good
0
Average
0
Poor
0
Terrible
0
0 review on this Tour - Showing 1 to 0

Write a review

From: MYR11888
0 (No Review)

Owner

QIT Travel

Member Since 2023

Explore other options